Friday, 2 October 2015

HADIS-HADIS MENGENAI SOLAT SUNAT FAJAR

1-Daripada Aisyah r.a daripada Nabi SAW, bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

"Dua rakaat (sebelum solat) fajar (subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya." (HR. Muslim no. 725)

2-Daripada Aisyah r.a dia berkata:

لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْر
ِ
"Nabi SAW tidak pernah sangat tekun mengerjakan suatu solat sunnah sebagaimana tekunnya baginda mengerjakan solat dua raka'at fajar". (HR. Al-Bukhari no. 1169)

3-Hafshah Umul Mukminin r.a dia berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُ مِنْ الْأَذَانِ لِصَلَاةِ الصُّبْحِ وَبَدَا الصُّبْحُ رَكَعَ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ تُقَامَ الصَّلَاة
ُ
"Jika muazzin selesai azan solat subuh (kedua) dan subuhpun telah nampak, Rasulullah SAW melakukan solat dua rakaat yang ringan sebelum solat ditegakkan." (HR. Muslim no. 723)

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

No comments:

Post a comment