📝 TAZKIRAH SUBUH : USRAH LAJNAH TARBIYAH 📝
Sesungguhnya Syariat Islam itu suatu sistem yang syumul mencukupi semua urusan hidup. Ia menggariskan untuk manusia jalan iman, menerangkan dasar-dasar aqidah, menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa dan mengatur hubungan manusia sesama manusia. Berdasarkan kesyumulan ini dapatlah dibahagikan hukum-hukum syariat kepada tiga kelompok :
1- Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perbahasan hukum-hukum aqidah ini dan kajiannya terdapat dalam ilmu al-kalam atau tauhid.
2- Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hukum-hukum akhlak ini kajiannya adalah dalam ilmu akhlak dan tasawwuf.
3- Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan mereka dengan yang lain, Hukum amali ini dinamakan dengan al-fiqh, perbincangannya tentulah dalam ilmu fiqh. Ia terbahagi kepada dua bahagian yang besar :-
Bahagian pertama : Ibadat seperti solat,puasa dan zakat yang mana ia bertujuan mengatur hubungan diantara individu dan Tuhannya.
Bahagian kedua : Adat dan muamalat yang bertujuan untuk mengatur hubungan diantara sesama manusia. Bahagian ini mencukupi semua ikatan undang-undang am dan khas menurut istilah moden kerana hukum, adat atau muamalat terbahagi kepada berikut :
a . Munakahat
b . Muamalat
c . Sistem kehakiman
d . Kenegaraan
e . Siyasah
f . Pengurusan
g . Jenayah
Maka kesyumulan yang terdapat dalam syariat islam ini tidak ada bandingannya dalam undang-undang ciptaan manusia. Ini kerana undang-undang ciptaan manusia tidak mencukupi masalah-masalah aqidah, akhlak dan ibadat. Walau dalam aspek adat iaitu muamalat kita dapati syariat islam membawa peraturan yang berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia, kerana aspek akhlak telah diberi perhatian sepenuhnya dalam syariat islam, justeru itu diharamkan muamalah riba,judi,penzinaan, wajib menyempurnakan janji.
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا
Maksudnya : Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
Kata-kata Renungan,...
Tidaklah kuda perang dan tombak,
Akan banyak bermanfaat,
Apabila kuda dan tombak itu,
Tidak dipergunakan oleh orang yang mulia.
" TANPA ILMU PASTI LAYU,TANPA TARBIYAH PASTI REBAH"
Ustaz Zulhaidi
26 Zulqaedah 1436H
10 Sept 2015 khamis
Dihantar oleh: Ustaz Zulhaidi
Langganilah https://telegram.me/UsrahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau
No comments:
Post a Comment