Wednesday, 30 September 2015

TAZKIRAH SUBUH : USRAH LAJNAH TARBIYAH




إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ 

MAKSUD AYAT :

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yg berperang pada jalan-Nya dalam keadaan bersaf ( Yakni berbaris dengan teratur ) seolah-olah seperti suatu binaan yg sokong menyokong ( dan kuat-menguatkan diantara satu sama lain)

HURAIAN AYAT :

Makna 'saf' ialah berbaris dengan teratur sebagaimana saf yg dibuat ketika mahu mengerjakan solat. Allah swt mengasihi orang-orang beriman yang berjuang dengan penyusunan yg rapi dan teratur. Dengan perkataan lain, mereka mengikuti tanzim yakni penyusunan organisasi sebagaimana yg diarahkan oleh ketua dan pemimpin mereka. Rasulullah Saw menyusun saf tentera islam dalam peperangan uhud sehingga bersentuhan diantra bahu dengan bahu bagi mewujudkan suatu benteng yg teguh dan kuat bagi menahan serangan orang-orang kafir. Dalam peperangan menentang tentera Rom,khalid ibnul walid telah menyusun pasukan tentera islam berdasarkan bentuk seekor burung yg terdiri daripada pasukan kepala,pasukan tengah,pasukan sayap kanan,pasukan sayap kiri,pasukan betis dan pasukan kaki. Kesemua anggota yg berada dlm pasukan itu teguh dan tetap ditempat masing-masing bg menunaikan perintah sebagaimana yg diarahkan oleh ketua mereka. Tidak cukup dengan itu mereka juga haruslah mempunyai taktik dan strategi dan bukan berbuat sesuka hati sahaja. Begitulah cara tanzim iaitu penyusunan sebagaimana yg diungkapkan oleh kata-kata :

" kebenaran yang tidak berperaturan boleh dikalahkan oleh kebatilan yang teguh dengan peraturan dan mempunyai penyusunan yang baik ".

" TANPA ILMU PASTI LAYU,TANPA TARBIYAH PASTI REBAH".

TAFSIR SURAH AS SAFF
DARI,
Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
1 Okt 2015 Khamis
17 Zulhijjah 1436H

Dihantar oleh: Ustaz Zulhaidi

Langganilah https://telegram.me/UsrahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

No comments:

Post a Comment