Monday 14 September 2015

TAZKIRAH SUBUH : USRAH LAJNAH TARBIYAH

Jihad Dalam Islam.
Tidak ada keraguan bahawa kedudukan jihad di jalan Allah sangat tinggi. Jihad mampu menjaga keutuhan umat baik dari aspek keagamaan dan keduniaan serta mampu memelihara umat daripada serangan musuh yang sentiasa ingin menyerang. Jihad mampu menjaga agama, akidah, bumi dan keharmonian. Jihad juga mampu memelihara kebebasan serta kekuatan ummah. Pendek kata, jihad ialah benteng yang kukuh dan rukun asas kepada kekuatan umat. Selain itu, jihad merupakan medan melahirkan pahlawan serta tokoh-tokoh yang berkorban jiwa dan raga di jalan Allah. Maka oleh itu tidak hairanlah islam menganggap jihad sebagai kemuncak islam.

Berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah, Nabi bersabda :

الجهاد سنام العمل
Ertinya : "jihad ialah kemuncak amal ".

Dalam hadis riwayat Muaz, Nabi bersabda :

اﻻ انبكم بر اس الامر ، وعموده وزروة سنامه؟ رأس اﻻمر اﻻسلام،وعموده الصﻻه وزروة سنامه الجهاد في سبيل الله.

Ertinya : " Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang asas suatu perkara, tiangnya dan kemuncaknya? Asas sesuatu perkara ialah islam,tiangnya ialah solat dan kemuncaknya ialah jihad di jalan Allah".

Firman Allah Swt :-

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا 

Bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad – untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadis nabi yang menggalakkan jihad dijalan Allah,menerangkan kelebihan berjihad dan kelebihan orang yang berjihad. Sesungguhnya seorang mujahid itu sama seperti seorang yang berpuasa yang tidak berbuka dan seperti seorang yang bangun ( menghidupkan) malam dan tidak jemu selama-lamanya.

Orang yang berjihad mendapat salah satu kebaikkan sama ada kemenangan dan mengalahkan musuh atau syahid dan syurga. Bahawa Nabi bersabda : " Orang yang berhadapan gelora lautan lalu termuntah ( dan mati ) mendapat pahala seorang syahid, dan orang lemas dilaut mendapat pahala dua syahid."

Bahaya umat duduk berdiam diri daripada berjihad ( mengabaikan tanggungjawab jihad ). Perkara yang wajib diambil perhatian dan diberi peringatan ialah bahaya umat meninggalkan jihad yang wajib, merebaknya budaya berpeluk tubuh daripada berjihad, budaya takut dan kehilangan semangat jihad, supaya dikalangan anak-anak muda umat islam tidak ada mementingkan diri sendiri dan cinta dunia semata mata. Semoga tazkirah ini membuatkan kita sentiasa berjihad dijalan Allah swt tak kira dengan apa jua cara dan kesungguhan kita utk memenangkan islam.

" TANPA ILMU PASTI LAYU,TANPA TARBIYAH PASTI REBAH".

Ustaz Zulhaidi
28 Zulqaedah 1436H
12 Sept 2015 Sabtu

Dihantar oleh: Ustaz Zulhaidi
~Hijau

No comments:

Post a Comment