Friday, 11 September 2015

TAZKIRAH SUBUH : USRAH LAJNAH TARBIYAH

📝 TAZKIRAH SUBUH : USRAH LAJNAH TARBIYAH 📝

Kasih sayang Allah Swt amatlah luas dan ia dizahirkan melalui ujian-ujian dalam kehidupan. Dengan ujian-ujian dalam kehidupan ini, Allah cuba mematangkan diri kita dan menghapuskan dosa-dosa kecil kita melalui ujian hidup (kifarah). Oleh itu adalah sangat untuk kita bersangka baik kepada Allah dengan ketentuan Allah Swt. Allah Swt Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Segala kejadian ada hikmah di sebaliknya. Allah Swt memberi ujian kepada kita semata-mata untuk membuang dosa, menghapus dosa-dosa kecil sebagai kifarah supaya ringan hisabnya di akhirat nanti selagi tiada dosa besar. Allah Swt juga menguji kita supaya sentiasa mengingati-Nya. Manusia cepat lalai dan mudah lupa diri serta asal usulnya,maka disebabkan itu Allah perlu menurunkan ujian kepada kita supaya kita akan ingat kepada-Nya dan berdoa kepada-Nya. Allah berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ 

Bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. 

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ 

Bermaksud : Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.

Dunia Hanya Sementara. Hidup tak kekal lama, tak akan dapat menongkat dunia kerana dunia sifatnya sementara,beribadatlah kepada-Nya. Duhai sahabat! Usah tinggalkan solat dan beramallah ketika sihat,beriman bertaqwa itu berkat dunia akhirat kau selamat. Duhai sahabat...berpesan-pesanlah kita pada kebaikkan dan kebajikan, pada menjauh segala kejahatan kerana dosa-dosanya bagai buih di lautan. Dunia ini hanya sementara,disebabkan kesementaraan itu usia kita semakin pendek perjalanan jauh semakin dekat menuju ke alam akhirat. Ingat beringat sebagai peringatan, dirumah diri ke rumah tuhan kita pasti akan dikembalikan dan terbaring kaku sepi keseorangan hanya amal pemberi pertolongan.

" TANPA ILMU PASTI LAYU, TANPA TARBIYAH PASTI REBAH "

Ustaz Zulhaidi
27 Zulqaedah 1436H
11 Sept 2015 Jumaat
6 : 40 Pagi

Dihantar oleh: Ustaz Zulhaidi

Langganilah https://telegram.me/UsrahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

No comments:

Post a Comment