Sunday, 20 September 2015

TAZKIRAH MAGHRIB : USRAH LAJNAH TARBIYAH

Ramai orang yakin Allah Swt itu maha pengampun. Sampai ada juga dikalangan mahkluk yang belajar membuat kiraan dosa dan pahala sehingga ketakutan kepada azab neraka berjaya dihambat dengan mudah daripada memikirkan yg mereka terima kelak. Manusia seperti ini tidak akan berasa takut untuk melakukan dosa dan juga manusia yang bersikap pasrah kepada Allah Azza wajalla mirip umpama anak nakal dan manje yang penuh optimis berharap akan kembali kedakapan ibunya.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ 

Maksud : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

"TANPA ILMU PASTI LAYU,TANPA TARBIYAH PASTI REBAH".

Ustaz Zulhaidi
20 Sept 2015 Ahad
Lajnah Tarbiyah

Dihantar oleh: Ustaz Zulhaidi

Langganilah https://telegram.me/UsrahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

No comments:

Post a comment