Ciri-ciri Islam.
Ciri-ciri islam adalah merupakan keistimewaan daripada agama lain. Agama islam datangnya dari Allah Azza wa jal. Sumber ajaran islam dan peraturannya adalah daripada Allah Swt melalui wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah saw. Oleh itu, agamanya bukan lahir dari pemikiran dan falsafah karut yang ditaja atau di sponsor oleh segelintir manusia yang kita sedia maklum serba kekurangan dan kelemahan. Apabila ajarannya dari Allah Swt ia sukar dicabar oleh mana-mana pihak yang menganggu atau mengugat dan cuba merubah ajarannya. Tetapi apa yg saya kesali,dizaman kita ini ada segelintir umat yg cuba membina ajaran islam yang mengatakan " Biarkan kami dengan cara kami, sedangkan kami juga umat islam " apa yang kita nampak ia cuba memecah belahkan islam itu sendiri dan bukan untuk mengikut peraturannya.
Oleh kerana islam dari Allah Swt yang maha adil lagi maha bijaksana, maka segala ajarannya adalah sempurna dan adil, jauh sekali dari kekurangan dan kezaliman terhadap penganutnya. Bayangkan masih ada dikalangan umat kita di akhir zaman ini, ada yang cuba seolah-olah hendak merubah islam yg sebenar. Isu ini amat serius kerana islam perlu dijaga...perlu dihormati...dan perlu dilindungi,bukan di ubah mengikut citarasa dan pemikiran manusia kerana hendak menjaga sesama mahkluk...tetapi lupa hendak menjaga hubungan mahkluk dengan penciptanya.
Banyak ayat al-Quran
Yang menyebutkan
Mengenai hari akhirat
Sebagai peringatan
Kepada manusia...
" TANPA ILMU PASTI LAYU,TANPA TARBIYAH PASTI REBAH "
Ustaz Zulhaidi
13 Sept 2015
Usrahbot Lajnah Tarbiyah
Dihantar oleh: Ustaz Zulhaidi
Langganilah https://telegram.me/UsrahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau
No comments:
Post a Comment