AQIDAH bermaksud ikatan atau simpulan. Biasanya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang dapat dirasai seperti tali. Tetapi perkataan ini juga digunakan pada suatu yang maknawi. Dari maksud ini lahirlah perkataan aqidah iaitu ikatan satau simpulan maknawi yang terkhusus didalam kepercayaan. Aqidah boleh difahami sebagai kepercayaan yang terikat kuat dan tersimpul erat dalam hati terhadap sesuatu perkara yang benar dan hak sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai.
Fahaman praktikalnya, aqidah merupakan perjanjian keimanan yang kuat diantara manusia dengan penciptanya. Aqidah islam sahajalah yang benar dan betul,manakala yang lain adalah palsu dan BATIL. Konsep aqidah yang sebenar seperti yang dijelaskan inilah yang diistilahkan oleh islam sebagai iman.
▪Memahami pengertian aqidah islamiyah
▪Mengetahui banagaimana bentuk aqidah islamiyah dan unsur2 pembentukkan aqidah.
Seorang mukmin yang beraqidah ia sangat dikasihi Allah Swt dan RasulNya serta dikasihi pula oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Segala perkataan yang diucapkan perbuatannya masyarakat akan merasa senang.
" TANPA ILMU PASTI LAYU,TANPA TARBIYAH PASTI REBAH "
Ustaz Zulhaidi
13 Sept 2015
Usrah lajnah Tarbiyah
Dihantar oleh: PasPerak
Langganilah https://telegram.me/PASPerakBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
Dihantar oleh: jitpns
Langganilah https://telegram.me/PASSabahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau
No comments:
Post a Comment