Saturday, 5 September 2015

taktik kacau daun ala pilihanraya kampus universiti

Pengulas politik yg menyatakan PAS semakin lemah barangkali keracunan Utusan Malaysia, Berita Harian, Malaysiakini atau The MaIaysian Insider.

Cubalah menjadi lebih objektif sedikit. Ada berapa kawasan dalam PAS? 191 kawasan.
Ada berapa kawasan yg dikatakan bermasalah dgn GHB? 16 kawasan?

Cuba check berapakah bilangan keahlian baru diterima Parti Pekerja Pekerja Malaysia yg diasaskan Gangga Nayar itu? Pergi tengok dan nilaikan sendiri.

Dan pergi tengok sendiri berapa permohonan keahlian baru di Pejabat Agong PAS yg kini melebihi 9,000 setiap bulan.

Pergi sendiri ke program himpunan PIHAK anjuran PAS di setiap negeri. Bandingkan dengan anjuran GHB.

Tengok dan cuba faham mesej dari kajian UMCEDEL berkaitan pemimpin tertinggi parti politik utama yg paling diterima rakyat pada Januari 2015 (itu sebelum meletup isu derma RM2.6B, 1MDB, MARA , Tabung Haji).

Atau kajian sikap terhadap BERSIH 4 oleh Merdeka Centre sebelum ia berlangsung. Apa yg jadi kenyataan pada hari berkenaan dengan 90% didominasi kaum Cina?

Atau mesej dari keputusan Muktamar PAS sendiri Jun 2015. 80% mendokong kepimpinan DS TGHH berbanding 20% yg mendokong kumpulan kecewa yg masih mencari hala tuju bebekalkan dokongan kuat oleh DAP. Perwakilan yg terdiri dari pemimpin pemimpin yg paling berpengaruh di kawasan masing masing bukan calang calang orang, bukan tidak tahu realiti politik sekeliling.

Kita sangat mengalu alukan sebarang kajian bebas yg lebih konklusif oleh mana mana pihak termasuk para pengkaji sains politik.

Kelihatannya bagi kelompok terbesar rakyat iaitulah orang orang Islam yg lebih 90 % berbangsa Melayu, fokus sebenar adalah antara UMNO dengan PAS sahaja.

PASMA atau G 18 atau Gerakan Harapan Baru atau Harapan Baru atau Parti Islam Frogressif atau KITA atau Parti Amanah Negara atau Parti Pekerja Pekerja Malaysia kelihatannya tidak lebih dari pemecah undi yg mempunyai kepentingan lain.

Yang menerima manfaat dari kehadiran mereka adalah DAP dan UMNO.

DAP untuk pastikan terus ada orang melayu yg didorong untuk undi mereka. Dalam masa yg sama menyekat PAS dari kemenangan dengan undi yg berpecah. DAP mahukan satu pakatan yg mereka kekal paling dominan, memenangi kerusi paling banyak. Jika PAS memenangi lebih banyak, DAP tidak lagi paling berpengaruh untuk tentukan segala2nya dalam pakatan yg dibentuk.

UMNO terus mendapat manfaat dengan undi PAS yg berpecah.

Skripnya begini. Kononnya wujudkan gelombang sokongan kpd kumpulan kecewa ini di seluruh negara. Apa bila nampak masak ranum, mereka kononnya akan tawarkan untuk berunding dengan PAS. Beri kerusi kerusi tertentu kepada mereka sebagai syarat mereka tak kacau daun letak calon di kerusi kerusi PAS yg lain. Sebenarnya kepentingan peribadi. Yang terpingga pingga penyokong penyokong yg bakal terabai nanti.

Ini sebijik taktik kacau daun di pilihanraya kampus universiti berpuluh tahun dulu.

Moga PAS lebih berhati hati.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
6hb September 2015

Dihantar oleh: Admin

Langganilah https://telegram.me/PASWilayahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

No comments:

Post a Comment