Tuesday, 22 September 2015

Selamatkan Aqsa

KENYATAAN PRESIDEN PAS

Selamatkan Aqsa

Berita terkini melaporkan, bahawa kumpulan pelampau Zionis Yahudi menceroboh Masjid Aqsa dengan sokongan polis dan tentera negara haram Israel. Pertempuran sengit berlaku dengan pemuda dan penduduk sekitar yang terus bertahan di dalam Masjid Aqsa dan kelilingnya, termasuk yang tua, pemuda, wanita dan kanak-kanak dengan bersenjatakan batu-batu sahaja, berkubukan dinding masjid dan tiang-tiangnya. Mereka berdepan dengan pihak Zionis Israel yang bersenjata canggih segala jenisnya, bukan sahaja gas pemedih mata, bahkan sehingga menggunakan peluru hidup. Pihak Zionis Israel bergerak dibelakang kenderaan berperisai dan dilindungi helikopter canggih. Mereka yang mempertahankan masjid suci itu tidak berganjak, walaupun sudah ada yang gugur syahid, ramai yang cedera dan ditahan.

Bagi ummat Islam, Masjid Aqsa adalah salah satu daripada tiga masjid yang dimuliakan. Di sinilah berlakunya Israk Rasulullah SAW dan bermulanya Mikraj ke angkasa lepas, menjadi tetamu Allah dalam peristiwa yang terkenal itu. Allah memuliakan masjid ini juga dengan menjadikannya kiblat pertama bagi ummat Nabi Muhammad SAW sebelum beralih kepada Kaabah di Makkah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS. Ummat Islam menyebutnya dengan "Ibrahim" adapun orang Kristian Barat dengan "Abraham" manakala pengikut kepercayaan agama penyembah berhala pula menyebutnya dengan "Brahma". Namun penganut Islam tetap berpegang kepada firman Allah SWT:

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Bukanlah Ibrahim itu penganut agama Yahudi dan agama Nasrani (Kristian). Dia sebenarnya menganut agama Hanif (Mengesakan Allah tanpa syirik), Dia seorang Muslim. Bukannya seorang musyrikin(penyembah berhala dan lain-lain, selain Allah)." (Surah Ali-Imran, ayat 67)

Kenyataan lanjut, klik --> http://pas.org.my/kenyataan-berita/6372-selamatkan-aqsa

Dihantar oleh: Webmaster

Langganilah https://telegram.me/PASMalaysiaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

No comments:

Post a Comment