Siri 5 : 16 September 2015
💭KEUNGGULAN ISLAM & SYARIATNYA
As-Syeikh Said Hawa dalam kitabnya "Min Ajli Khutwah Ila al-Amam 'Ala Tariq al-Jihad al-Mubaaraq" menyebut :-
"Islam adalah merupakan satu peraturan yang tunggal., yang ditaklifkan kepada semua umat manusia samada di timur atau di barat. Baik mereka berkulit kuning atau perang, putih atau hitam, bahkan ke seluruh umat manusia. Allah tidak akan menerima cara hidup yang lain daripada Islam dengan firmanNya :
اِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْاِسْلَمُ
- Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah ialah Islam -
(Surah Ali 'Imran ayat 19)
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْاِسْلَمِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ
-Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya-
(Surah Ali 'Imran ayat 85)
* Maka perlu difahami daripada apa yang hendak disampaikan oleh Said Hawa ialah kebersamaan Gerakan Islam bersama dengan perjuangan matlamat Islam itu sendiri untuk menjadikan Islam Agama yang unggul dari sudut yang pelbagai. Akhirnya Gerakan Islam mestilah bergerak dengan ahdaf , manhaj dan akhlak yang telah digariskan Islam.
" Ya Allah Jangan Engkau Keluarkan Kami dari JalanMu Yang Benar"
🔮"Istiqamah Hingga Kemenangan"
#Lajnah Tarbiah & Perkaderan Badan Perhubungan Pas Negeri Sabah
Dihantar oleh: Tarbiyah Sabah
Langganilah https://telegram.me/UsrahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau
No comments:
Post a Comment