Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang
Qurban adalah ibadah yang merupakan kebersamaan yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak dapat peluang untuk melaksanakan kemuncak ibadah iaitu haji di Baitullah.
Maka seperti para hujjaj yang ada pantang larangnya, ada beberapa taklifan yang perlu dilunasi bermula tanggal 1 Zulhijjah iaitu tidak mencukur rambut, bulu di wajah dan badannya. Tidak memotong kuku sehinggalah selesai sembelihan.(Al-Minhaj dan Mughni al-Muhtaj: 4/383)
Perkara ini bertepatan dengan hadis riwayat Ummu Salamah RA, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ كَانَ عِنْدَهُ ذِبْحٌ يُرِيْدُ أَنْ يَذْبَحَهُ فَرَأَى هِلاَل ذِيْ الحِجَّةِ فَلاَ يَمُسَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلاَ مِنْ أَظْفَارِهِ شيْئًا حَتَّي يُضَحِّي
Barang siapa yang mempunyai binatang sembelihan yang hendak disembelih, maka setelah dia melihat anak bulan Zulhijjah janganlah dia memotong sebarang rerambutnya begitu juga kukunya sehinggalah dia melakukan ibadah qurban.
Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim: 13/139 no (1977)..
Semoga kita dapat beramal dengan petunjuk Allah dan Rasul serta huraian para ulamak.
Ustaz Azhar Yahya
YDP PAS Kawasan Batu
# turut menjemput seluruh masyarakat di Batu dan sekitarnya untuk bersama dengan majlis Korban Perdana PAS Batu dengan kerjasama MAQTAR dan KUIZM di KUIZM pd 27hb - kenduri pada 12 tengahari.
# turut mengalu-alukan sebarang penyertaan qurban
Dihantar oleh: Admin
Langganilah https://telegram.me/PASWilayahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau
No comments:
Post a Comment