Monday, 21 September 2015

Dialog hudud dengan Non Muslim

Semalam dialog hudud dengan ketua2 masyarakat Non Muslim di DUN Paya Jaras, Kawasan Subang. Dialog ini adalah hasil daripada RRU Hudud baru2 ini. Kalau tidak kerana isu RUU menjadi topik utama, dialog ini tak akan berlaku. Kami appoinment sejak 3 bulan lepas dengan ketua2 masyakat non muslim untuk berdialog semalam.

Tarikh dialog itu dibuat sebelum pecah dengan DAP. Saya jangka mungkin tak ramai sebab ketua masyarakat majoritinya adalah berbangsa Cina. Persepsi ramai DAP adalah Cina dan Cina adalah DAP. Ternyata meleset.

Kadang2 org yang berfikiran politik konvensional tidak memahami kenapa hudud dahulunya dijadikan enakmen di 2 negeri dan kenapa RUU dibawa ke Parlimen? Bagi yang memahami politik dakwah, mereka akan faham bahawa segala tindak tanduk kita adalah supaya orang ramai berbincang dan berdialog secara sihat. Apabila mereka jelas tentang Islam, maka pada masa itu Insyalah kita mendapat kemenangan mutlak di Malaysia.

Bukankah Nabi Ibrahim memecahkan berhala2 di Babylon untuk menarik orang kepada dialog seterusnya membuka minda masyarakat Babylon tentang wujudnya Allah? Bukankah Ghulam dalam kisah Ashab Al-Ukhdud selamat dan balik berjumpa raja seterusnya memberitahu raja zalim bagaimana mahu membunuhnya semata2 membuka dialog ttg wujudnya Allah? Strategi dakwah ini yang kita pilih di mana setiap isu yang menjadi viral dalam masyarakat kita menarik orang ramai berdialog tentang Islam.

Al hamdulillah, semalam semua soalan dijawab dengan jelas dan terang oleh YB Dato Fadzli Hassan, Exco kerajaan Kelantan. Semoga dialog seperti ini semakin berkembang.

Menariknya, ada seorang India bertanya: bagaimana saya mahu bantu hudud? Seorang Cina pula bertanya: "bolehkan saya jadi rakyat Kelantan"?

Allahuakbar!!!

- Zaharudin Muhammad

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

No comments:

Post a Comment