Tuesday, 22 September 2015

Cadangan untuk pimpinan PAS: Dr Aznan Hasan

SAYA mencadangkan kepada pimpinan PAS agar tidak lagi menimbulkan isu baiah dan talak tiga. Pada saya, enough has been said. Biarlah perkara tersebut seterusnya diselesaikan oleh pihak yang berkenaan (individu yang keluar dan pihak berwajib).

Jika mereka tidak berniat membawanya kepada Majlis Agama dan Majlis Agama juga tidak berminat untuk membicarakan perkara ini, biarkan sahaja. Tiada sebarang tanggungjawab PAS untuk membicarakan perkara ini. Isu urusan mereka dengan Allah. Overkillkadangkala akan backfire.

PAS seharusnya menguatkan lagi gerak kerja mereka untuk sampai kepada masyarakat dan menjelaskan lagi misi islah PAS. 'Serangan' lebih sepatutnya berdasarkan idea dan cadangan.

Umpamanya, golongan GHB kononnya menggelarkan diri mereka progresif dan menggambarkan golongan yang berada di dalam PAS adalah golongan konservatif.

Pada saya adalah berbaloi untuk PAS menjelaskan sisi kefahaman PAS dalam hal ini. Jelaskan bahawa dakwah PAS kini tetap bersifat progresif, tetapi mempunyai paksi thawabit yang jelas, bersifat inklusif, tetapi setia kepada prinsip, bersifat considerate tetapi tidak sehingga sanggup menggadaikan segalanya untuk menang.

Ini akan lebih memberi faedah kepada PAS, pada pandangan saya.

Gerakan kerja penerangan dan outreachseharusnya lebih menjurus ke arah itu. Gambarkan juga bahawa golongan profesional dan anak muda yang kekal dengan PAS amatlah ramai, dan yang berpindah rumah hanya sedikit.

Salah satu satu serangan saraf yang dimainkan oleh kumpulan GHB ialah dengan menggambarkan seolah-olah hampir semua golongan profesional dan anak muda telah keluar dari PAS. Yang tinggal hanya Pak Lebai sahaja. Ini perlu dijelaskan. Oleh kerana itu saya rasa gerakan Profesional Istiqamah yang cuba digerakkan amatlah baik.

PAS juga seharusnya menegaskan bahawa ia tidak akan berundur daripada kawasan-kawasan yang telah dimenangi oleh PAS, tetapi telah dibawa lari ke dalam parti lain (sama ada PKR atau Parti Pekerja-Pekerja Malaysia).

Saya amat bersetuju dengan ketegasan PAS untuk tidak berbincang dengan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Ia memberikan keyakinan rakyat bahawa PAS tidak dengan mudah sanggup 'menjual' prinsipnya demi untuk menang undi. Begitu juga dengan DAP. PAS ada integriti. Harapnya tak ada U-Turn pula selepas ni.

Jika terdapat keperluan (atas apa jugaconsideration) untuk bekerjasama pada masa hadapan dengan sesiapa sekalipun, PAS wajib menyatakan prinsip-prinsipnya dengan jelas, menjelaskan perkara-perkara yang PAS akan terus memperjuangkannya, dan tiada tolak ansur.

Perlu jelas sejak dari awal lagi dan sebarkan kepada masyarakat. Itu akan menjadi suatu parameter yang akan dipegang dan dapat dinilai oleh semua orang.

Taklah nanti PAS akan dituduh khianat apabila terpaksa bertindak menarik diri apabila pihak-pihak tersebut gagal mematuhi butiran-butiran yang telah dipersetujui.

Dr Aznan Hasan
~Hijau

No comments:

Post a comment