Hujjatul Islam Al Imam Ghazali rahimahullahu ta'ala menyebut dalam kitabnya Bidayatul Hidayah :
العلم النافع :
(Ilmu yang memberi manfaat itu (ialah
هو ما يزيد في خوفك من الله تعالى،
ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kepada Allah Ta'ala
ويزيد في بصيرتك بعيوب نفسك،
ilmu yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu
ويزيد في معرفتك بعبادة ربك،
ilmu yang menambahkan ibadahmu kepada Tuhanmu 'Azza wa Jalla dengan sebab makrifatmu kepadaNya
ويقلل من رغبتك في الدنيا،
ilmu yang mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia
ويزيد في رغبتك فني الآخرة،
ilmu yang menambahkan gemar kasihmu kepada akhirat
ويفتح بصيرتك بآفات أعمالك حتى تحترز منها،
ilmu) yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu daripadanya
ويطلعك على مكايد الشيطان وغروره
ilmu) yang menampakkan kepada kamu segala perdayaan syaithan dan tipuannya
( Bidayatul Hidayah )
Bila khauf ( خوف ) muncul di hati dengan sentuhan ilmu...mujahadah mendidik nafsu wajiblah dilalui...
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya(40) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya).(41)
An Nazi'at :40-41
Bila mata hati dapat melihat keaiban diri sendiri ....
... akan timbul perasaan rendah diri dan usaha untuk mengislah diri.
الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت
Orang yang paling cerdik ialah seorang yang menilai dirinya dan beramal untuk hidup selepas mati.
HR Tirmizi
Bila kenal Allah Azza wa Jalla...
....muncullah rasa khauf dan mahabbah sehinggalah lahirnya ubudiyyah yang mutlaq dan ikhlas kepadaNya.
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus,(5)
Al Bayyinah : 5
Bila cinta dan cenderung hati kepada kehidupan akhirat...
.... Seorang akan bersiap untuk menghadapi kehidupan akhirat ketika di dunia lagi.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
((إذا دخل النور القلب انفسخ وانشرح قالوا: فما علامة ذلك يا رسول الله؟ قال: الإنابة إلى دار الخلود، والتجافي عن دار الغرور، والاستعداد للموت قبل نزوله))
[الترمذي عن عبد الله بن مسعود]
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesungguhnya nur itu apabila sudah masuk ke dalam hati, maka dia menjadi luas dan lapang. Maka sahabat bertanya kepada Baginda SAW: "Ya Rasulullah SAW: "Adakah terdapat tanda-tanda sebagaimana yang kamu katakan itu untuk kami ketahui. Jawab Baginda SAW: "Ya, ada alamatnya, iaitu kembali ke negeri Akhirat yang kekal abadi , menjauhkan diri dari negeri dunia yang penuh tipu daya serta bersiap sedia untuk mati sebelum tiba waktunya."
HR Tirmizi
Bila mata hati melihat penyakit-penyakit yang merosakan amal ....
.... usaha merawat dan mengubatinya perlu dilakukan.
قال شداد بن أوس: رأيت النبي صلى الله عليه و سلم يبكي، فقلت: ما يبكيك يا رسول الله؟ قال:
أخوف ما أخاف على أمتي الشرك والشهوة الخفية. قلت: يا رسول الله أتشرك أمتك من بعدك؟ قال: نعم أما إنهم لا يعبدون شمساً ولا قمراً ولا حجراً ولا وثناً ولكن يراؤون بأعمالهم
[أخرجه الإمام أحمد عن شداد بن أوس ]
Syidad bin Aus RA berkata:" Aku melihat Rasulullah SAW menangis, maka aku berkata:" Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah ". Rasulullah SAW bersabda : " Yang paling aku takut ke atas ummatku ialah syirik dan syahwat yang tersembunyi. Aku bertanya:" Wahai Rasulullah! apakah ummatmu akan berlaku syirik selepas kewafatanmu?". Nabi SAW bersabda: " Ya, mereka tidak menyembah matahari, bulan, batu dan berhala tetapi mereka berlaku riya' dengan amalan mereka".
HR Ahmad
Dihantar oleh: Tarbiyah Melaka
Langganilah https://telegram.me/UsrahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau
No comments:
Post a Comment