Ambiga terkenal sebagai pejuang liberal dan demokrasi. Tapi semalam dalam persidangan meja bulat yang melahirkan Pakatan Harapan, dia terasa ditipu kerana kewujudan PH hasil dari keputusan yang langsung tak demokratik.
Dakwanya, keputusan dah dibuat sebelum persidangan meja bulat. Mereka hanya dijemput untuk bersetuju dan angguk sahaja. Oleh kerana itu dia bersama Maria Chin ambil keputusan angkat kaki keluar meninggalkan meja bulat yang sebenarnya berbentuk empat segi itu.
Parah. DAP sebuah parti demokrasi. PKR mendakwa perjuangkan dasar demokrasi. Parti Pekerja didokongi pihak yang konon keluar PAS sebab demokrasi. Tapi yang berlaku, seawal penubuhan PH lagi demokrasi telah dicabul.
Ambiga baru tahu apa perasaan TGHH setiap kali dipanggil mesyuarat. Hanya dipaksa jadi rubberstamp untuk keputusan yang telah dibuat. Isu Langkah Kajang, pecat TSKI dan semua, ini sebenarnya kediktatoran yang berlaku oleh mereka yang terlalu takut menerima pandangan pihak lain.
Kita boleh bayangkan bagaimana rupanya kalau PH perintah Malaysia. Anwar akan jadi macam Saddam Husein, Bashar dan Gadafi. Rakyat wajib setuju. Tiada lagi ruang demokrasi. Tiada lagi suara-suara rakyat yang dirai. Nama rakyat pun sudah tiada dalam pakatan ini.
Cara begini akan buat pejuang rakyat lebih benci kepada politikus. Ambiga tak terlibat mana-mana parti, tetapi bekerjasama dengan PR untuk pilihanraya Bersih. Setelah dia tahu perangai sebenar parti politik, saya cukup risau pejuang-pejuang yang berada dalam NGO, individual person dan non partisan movement tidak akan bersama lagi dengan pembangkang.
Malangnya, kebencian kepada kerajaan membutakan kita untuk berfikir cara rasional. Emosi telah menguasai akal. Lalu kesempatan terus diambil dengan cara eksploitasi emosi untuk mencapai kehendak diri. Ditipu hidup-hidup pun mahu percaya lagi. Malang.
(Alang Ibn Shukrimun)
*****************************: SIDANG MEJA BULAT YANG BERSEGI EMPAT
Kalau dulu orang tak faham apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat.
September 16, Langkah Kajang, Krisis MB Selangor dan Hudud.
Kini orang orang seperti Ambiga dan Maria Chin mula memahami apa yang sebenarnya berlaku.
Apa yang dikata sidang meja bulat sebenarnya bersegi empat.
Apa yang diharap menjana muafakat, hakikatnya dibelakang ada yang sudah lebih dahulu main 'pakat pakat'.
Seperti wayang. Seperti orkestra sahaja.
Itulah yang berlaku sepanjang waktu dahulu. Dua parti sudah berpakat, jadi rubberstamp sahajalah parti yang lagi satu.
Bila Ambiga dan Maria Chin melangkah keluar dari sidang 'meja bulat' dalam keadaan tiada kepuasan hati apa yang beliau saksikan sendiri, maka jawapan yang diberi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah, Pakatan Harapan ini tak ada kena mengena dengan NGO, ini cuma pakatan parti parti politik. Bukan urusan NGO.
Jika begitu mengapa NGO dijemput? Sedangkan NGO lah yg mewakili kelompok kelompok tersusun yg membawa kepentingan rakyat.
Sebagaimana mudahnya ditiadakan perkataan Rakyat pada nama gabungan baru untuk memberi tempat kepada 'Harapan', semudah itu pandangan rakyat diketepikan.
Sebenarnya tiada yang pelik dengan gabungan 'baru' Pakatan Harapan ini.
Ia sudah ada sejak awal lagi tetapi dalam bentuk yang kabur.
Kali ini mereka memilih mengzahirkannya dengan mengumumkannya.
Supaya kita kenal mereka.
Tahniah PAS kerana memberi peluang rakyat mengenal hitam dan putih.
Tahniah juga dengan Kongres Rakyat 12hb September 2015, di mana wakil rakyat, YB rela duduk di tangga atau lantai kaki lima demi memberi laluan NGO NGO yang mewakili rakyat bersuara di pentas utama beriringan dengan parti politik.
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
(Ketua Penerangan Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu)
23hb September 2015
~Hijau
No comments:
Post a Comment