Saturday, 19 September 2015

Bai'atul Aqabah

Kuliah maghrib : Bai'atul Aqabah
Dr Md Noor

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.
(Surah al fath :10)

-Peristiwa hijrah bermula dgn perjanjian aqabah, dengan kaum ansar bersedia menerima kedatangan Nabi saw.

Bai'atul Aqabah pertama.
Disertai 12 org Ansar
Riwayat Ubadah bin Somit
Antara kandungan baiah;
-Tidak berzina,
-tidak mencuri,
-tidak syirik.
Perisytiharan dari sudut kepatuhan kepada akidah, syariat dan akhlak.

-Tanpa bai'ah pun, mencuri zina dan syirik tetap haram. namun bai'ah adalah pengisytiharan untuk mengukuhkan lagi pendirian.

Bai'atul Aqabah kedua.
Riwayat Ahmad dari Jabir
Disertai 73 lelaki 2 perempuan ansar.
Kandungan bai'ah;
-Untuk mendengar dan taat kepada Nabi saw dalam keadaan cergas atau malas.
السمع والطاعه
-utk berinfaq di jalan Allah
-untuk menyeru ma'aruf dan mencegah mungkar tanpa rasa takut dengan celaan
-untuk menegakkan agama Allah
-untuk mempertahankan Nabi saw sepertimana pertahankan diri mereka.

Kesimpulan- bai'ah atas kesanggupan pertahan dan perjuangkan islam dan pertahankan baginda Nabi saw.

-Bai'ah adalah sunnah yg diamalkan oleh nabi saw bersama para sahabat. Nabi saw ikat para sahabat dengan bai'ah utk bersama2 memperjuangkan agama Allah bahkan sanggup utk mati kerananya.
-walaupun zahirnya bai'ah sahabat dengan nabi saw namun hakikatnya bai'ah ialah antara seorang individu dengan Allah walaupun, tidak boleh diputuskan.
-Lafaz bai'ah boleh diubah ikut kesesuaian dan keadaan.

-Bai'ah golongan Hawariyyun dgn Nabi Isa.
قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ الله
"Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? "Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (as saft: 14)

-Tidak boleh bai'ah utk engkar syariat dan perintah Allah taala.

Madrasah at taqwa
19/9/2015
~Hijau

No comments:

Post a comment