Friday, 25 September 2015

Anak Angkat Dan Anak Luar Nikah

1981/1/2 Munakahat

Tarikh Keputusan: 

10 Oct, 1986

Huraian Tajuk/Isu: 

Cara menetapkan bin atau binti kepada anak angkat atau anak luar nikah mengikut kehendak Islam.

Keputusan: 

Anak angkat hendaklah dibin atau dibintikan kepada nama ayahnya sendiri. Haram hukumnya dibin atau dibintikan dengan nama ayah angkat. Anak perempuan dari anak zina hendaklah dibintikan kepada ibunya sebelum ianya baligh. Apabila ia sudah baligh terpulanglah pilihannya sendiri.

Keterangan/Hujah: 

Nas dari surah al-ahzab ayat 5.

Hadis yang diriwayatkan dari Bukhari dan Muslim yang bermaksud "sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah men"faraq'kan antara keduanya dan menghubungkan anak itu dengan ibunya dan Rasullah SAW telahpun menolak hukum had daripadanya.

Status Penwartaan: 

 Tidak Diwartakan

Negeri/Group: 

Pulau Pinang


http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/anak-angkat-dan-anak-luar-nikah-0

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

No comments:

Post a Comment