Sunday 6 September 2015

Ahli Parlimen Amanah sedia undi tolak hudud, kata Mat Sabu

Ahli Parlimen Amanah sedia undi tolak hudud, kata Mat Sabu

OLEH DESMOND DAVIDSON

Published: 6 September 2015 5:34 PM

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-parlimen-amanah-sedia-undi-tolak-hudud-kata-mat-sabu#sthash.Lae8lY3h.dpuf

- Bekas ahli Parlimen PAS, yang kini menyertai parti baharu Parti Amanah Negara ( Amanah ), sedia mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, sekiranya ia sampai ke peringkat itu, kata pengerusinya Mohamad Sabu.

Ia akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak, katanya.

"Kami akan berunding dengan rakan dalam gabungan terlebih dahulu," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Kalau mereka kata 'Tidak', maka kami tidak akan menyokongnya," katanya di Kuching, Sarawak hari ini ketika ditanya pihak media pendirian parti itu mengenai hudud.
Beliau berkata demikian pada majlis memperkenalkan Amanah, kumpulan serpihan parti Islam PAS, di negeri itu hari ini.

Beliau berkata, pendirian parti itu mengenai hudud akan dibuat berdasarkan proses perundingan, pendekatan demokrasi dan peruntukan yang termaktub di bawah Perlembagaan.

– 6 September, 2015.

- See more at :

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-parlimen-amanah-sedia-undi-tolak-hudud-kata-mat-sabu#sthash.Lae8lY3h.dpuf
~Hijau

No comments:

Post a Comment