Setakat ini masih belum ada tulisan yang membincangkan perbincangan yang saya ketengahkan iaitu soal PENGKHIANATAN wakil-wakil rakyat terhadap janji dan amanah mereka pada PAS. Walaupun respon yang diterima sejak petang tadi amat menggalakkan, ia tidak lebih sekadar menuduh taasub, tak boleh terima pendapat orang, tak merai khilaf dan biadap dengan ahli akademik. Yang menyokong memanglah ada. Lebih dari itu yang agak ilmiah, saya rasakan belum ada.
Terdapat satu komen bertanyakan sekiranya ada mana-mana wakil rakyat parti lain ingin melompat kepada PAS, tidakkah PAS akan terima kerana ia menguntungkan? Soalan ini agak maut. Kemungkinan boleh dijadikan bentuk hujahan menafikan ketegasan PAS dalam soal pengkhianatan. jika saya nyatakan ya, seolah PAS halalkan khianat sekiranya ia datang dari pihak musuh.
Jawapan saya, PAS tidak akan terima dan sejarah telah membuktikannya. Awal tahun ini, Mat Said pernah keluar UMNO kerana kecewa dengan Najib. Waktu itu ramai politikus minta PAS segera tackle Said supaya bersama PAS kerana kesannya boleh menyebabkan PAS menawan kerajaan negeri. Mana tidaknya, kedudukan kerusi DUN waktu itu adalah 16 BN, 15 PAS/PKR dan 1 Bebas iaitu Mat Said. Tetapi PAS tidak melayan karenah Mat Said dan terus dengan cara politik yang matang. PAS tahu kalau kita bekerjasama dengan pengkhianat sebegitu, PAS juga berisiko untuk dikhianati.
Sekali lagi sejarah berlaku sewaktu 2009. Anwar merancang menukar kerajaan Malaysia melalui peristiwa 16 September dengan cara meminta/membeli/ beberapa ahli parlimen BN lompat ke PR. PAS tidak bersetuju tetapi Anwar tetap mengumumkannya. Walhasil, BN bertindak melarikan dahulu ahli parlimen berisikonya dan 16 September tak jadi. Sebaliknya pula, takdir Allah menyebabkan adun Pkr pula yang lompat sehingga kerajaan PR Perak jatuh. Ini budaya politik pra matang yang cuba dielakkan PAS. Back kata Scorpion, what you give, you get back.
Selain dari bertegas tidak berkompromi dengan pengkhianatan samada dari pemerintah atau rakan pakatan, PAS juga bersikap adil dalam menerima pertuduhan. Sewaktu Anwar dituduh liwat, PAS membela kerana perbicaraan tersebut sangat meragukan akibat tidak menggunakan prosiding syariah. TGHH siap mengarang sebuah buku bertajuk Qazaf yang membela nasib Anwar.
Dalam isu tuduhan 2.6b terhadap Najib juga, PAS tidak gelojoh menuduh beliau sebagai pesalah. Walaupun ramai kalangan politikus melihat inilah peluang hapuskan Najib yang selama ini dicita-citakan, PAS tetap menuntut beliau diadili dengan kaedah Islam. Inilah yang diajar menerusi firmanNya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
[Al-Maidah:8]
PAS tetap tidak akan lari dari syariah Islam sebenar walaupun terkadang merugikan politik. Bak kata Ayah Chik, politik bukan medan rebut semua peluang.
Begitu juga soal penglibatan dalam demonstrasi. Sebelum merdeka lagi, semua mengenali orang-orang PASlah yang paling kuat berdemo membantah sebarang tindakan kerajaan atau kuasa luar yang dianggap salah. Ramai mana aktivis PAS di penjara, dibelasah dan dibuang daerah gara-gara demo. PAS turut bersama dalam demo Bersih 1, 2 dan 3.
Tetapi dalam Bersih 4, pendirian PAS sedikit berbeza. Ini kerana perjalanan program demonstrasi sebelum ini telah jelas dan telah dijamin halal dan menepati syariat. Sedangkan Bersih4, PAS tidak mendapat gambaran jelas akan program tersebut kerana tidak
dipanggil berbincang sama. Walaupun berkali PAS minta garis panduan dan etika perjalanan demo, ia tetap disenyapkan sehingga PAS tidak mampu mengarahkan ahli, bimbang sesuatu tidak patuh syariah yang dianjur.
Bukan semua perkara yang menguntungkan politik, PAS terima bulat-bulat. Kebencian terhadap Najib tidak menghalalkan semua tindakan terhadapnya. Keghairahan PAS berdemo tidak membuatkan semua demonstrasi bersifat syarie. Dasar, prinsip dan strategi PAS semuanya berpaksi syarak.
Inilah PAS. Hanya yang mampu bersabar dengan liku duri Islam sahaja boleh bersama. Firman Allah:
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
[Al-Kahfi:28]
(Alang Ibn Shukrimun)
~Hijau
No comments:
Post a Comment