Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) akan mengetengahkan 17 desakan dalam usulnya pada Kongres Rakyat yang akan berlangsung 12 September ini di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, bermula 9.00 pagi hingga 5.30 petang.
Usul tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu aspek perguruan dan aspek pendidikan, membabitkan 12 desakan bagi aspek perguruan, manakala 5 desakan lagi membabitkan aspek pendidikan.
Presiden Pendidik, Normala Sudirman menjelaskan, bagi aspek perguruan, desakan pertama daripada Pendidik agar warga pendidik yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia perlu bebas dari sebarang "tekanan politik" dan "dendam politik kepartian."
Menurut beliau, desakan tersebut disuarakan agar warga pendidik dapat berkhidmat dengan tenang demi masa depan hala tuju pendidikan anak bangsa dalam persada pendidikan negara.
Katanya, desakan kedua daripada Pendidik agar Kementerian Pendidikan Malaysia mengkaji beban tugas guru dan mencari solusi terbaik supaya warga pendidik tidak dibebankan kerja-kerja perkeranian yang menghalang fokus utama guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
"Ketiga, Pendidik mendesak agar Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan "Skim Insurans Khas" bagi guru-guru yang bertugas membawa pelajar mewakili sekolah atau PPD jika ada kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku, termasuk khidmat guaman dan pembelaan dari sudut perundangan," katanya.
Dalam kenyataannya kepada Harakah, 7 September lalu, Normala menjelaskan,
keempat, Pendidik mendesak agar kebajikan guru termasuk penyediaan kuaters kediaman guru diambil perhatian supaya warga pendidik tidak terbeban dengan kos membayar rumah sewa dan kenaikan harga minyak yang mahal.
Kelima, Akta Perintah Am perlu dikaji semula kerana klausa dalam peraturan itu bercanggah dengan hak asasi manusia sebagaimana yang diperjuangkan oleh Suhakam.
Keenam, Pendidik mendesak agar Guru Pemulihan Khas atau Guru Intervensi diberikan "elaun khas" setiap bulan sebagai penghargaan kerana telah bersedia menggalas amanah dengan penuh kesabaran dalam mendidik anak bangsa yang lemah dalam penguasaan 3M (Membaca, Menulis, Mengira).
Ketujuh, mendesak agar dasar "pelabelan guru" oleh KPM, dari segi politik kepartian tidak diteruskan kerana menafikan hak guru dalam berorganisasi dan berpolitik di luar tugas rasmi sebagai warganegara Malaysia.
Kelapan, Pendidik mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan Suruhanjaya Diraja yang "bebas" bagi mengkaji sebarang tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap guru termasuk isu pemecatan dan pertukaran guru sepanjang berkhidmat tanpa mengikut prosedur.
Kesembilan, mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia agar mengeluarkan arahan larangan secara bertulis terhadap pentadbir sekolah yang menggunakan media sosial seperti whatsapp dengan mengeluarkan arahan kepada guru sehingga jam 11 hingga 12 malam kerana menganggu hak dan masa rehat guru bersama keluarga dan anak-anak di rumah.
Kesepuluh, mendesak agar Kementerian Pendidikan Malaysia membuat unjuran semula dan mengkaji dasar KPM supaya menempatkan pasangan guru yang telah berkahwin berdekatan dengan keluarga agar tumpuan guru tidak terjejas akibat berjauhan dengan isteri atau suami serta anak-anak.
Kesebelas, mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia mengkaji semula kenaikan elaun perumahan dan kediaman kuaters guru perlu dinaiktaraf sebagai penghargaan kepada warga pendidik terutamanya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Kedua belas, mendesak agar Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan pendirian sejauh mana penggunaan prasarana sekolah seperti dewan sekolah untuk tujuan politik kepartian dibenarkan, sedangkan adakalanya guru-guru pun dikerahkan hadir dalam program politik dan meninggalkan tugas rasmi untuk mendidik anak bangsa.
"Harus ada garis panduan khusus sejauh mana ahli politik dibenarkan masuk ke sekolah untuk mengadakan program dan menyantuni warga pendidik. Harus tiada "double standard",
~Hijau
No comments:
Post a Comment