Saturday, 3 October 2015

SUMBANGAN BUAT MANGSA KEBAKARAN KG SIMUNUL, SABAH

Bismillah…
Assalamualaikum wbt…

SUMBANGAN BUAT MANGSA KEBAKARAN KG SIMUNUL, SABAH

Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan simpati dan berdukacita atas insiden kebakaran yang menimpa penduduk Kampung Simunul, Semporna, Sabah. Takziah diucapkan kepada semua mangsa insiden.

Sebagai tanda simpati, Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Kebajikan & Prihatin Rakyat akan melancarkan kutipan derma untuk disalurkan kepada keluarga mangsa bermula pada 4 – 11 Oktober 2015 melalui akaun Maybank (Tabung Rakyat Prihatin : 564025400414). Penyerahan sumbangan kepada wakil penduduk akan disampaikan oleh pihak kami antara 13 – 15 Oktober 2015.

Sehubungan dengan itu, pihak kami menyeru seluruh rakyat Malaysia berusaha meringankan beban mangsa kebakaran di kalangan penduduk Kampung Simunul yang diuji dengan musibah kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Sumbangan yang dihulurkan oleh semua rakyat Malaysia diucapkan jutaan terima kasih dan didoakan agar mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.
Sekian, terima kasih.

"Mempersiap Generasi Kemenangan"
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM
Lajnah Kebajikan & Prihatin Rakyat
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ahad, 4 Oktober 2015 | 20 Zulhijjah 1436H
~Hijau

Friday, 2 October 2015

HADIS-HADIS MENGENAI SOLAT SUNAT FAJAR

1-Daripada Aisyah r.a daripada Nabi SAW, bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

"Dua rakaat (sebelum solat) fajar (subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya." (HR. Muslim no. 725)

2-Daripada Aisyah r.a dia berkata:

لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْر
ِ
"Nabi SAW tidak pernah sangat tekun mengerjakan suatu solat sunnah sebagaimana tekunnya baginda mengerjakan solat dua raka'at fajar". (HR. Al-Bukhari no. 1169)

3-Hafshah Umul Mukminin r.a dia berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُ مِنْ الْأَذَانِ لِصَلَاةِ الصُّبْحِ وَبَدَا الصُّبْحُ رَكَعَ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ تُقَامَ الصَّلَاة
ُ
"Jika muazzin selesai azan solat subuh (kedua) dan subuhpun telah nampak, Rasulullah SAW melakukan solat dua rakaat yang ringan sebelum solat ditegakkan." (HR. Muslim no. 723)

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Kevin Morais Case: A relection on ourselves

I have been reading and following the murder case of Kevin Morais. As I followed it, I find myself digressing and contemplating our place in the entire scheme. No, it is not political in nature neither is it disrespectful. It is just a reflection on our humanity and the frailty of our system. I found two aspects that were disconcerting.

The first aspect is the role of the Police. The current murder is a clear indication of the existence of daring and ruthless criminal world and, whether we like it or not, sends a dark message to the other public prosecutors. Public prosecutors, especially those in the Attorney General's chambers, are responsible to prosecute the accused without fear or favor. Faced with a difficult or maybe a prominent case, would any prosecutor feel safe before, during and after the trials?

The police, for bad or for worse, are responsible to ensure that these civil servants who carry out their duties receive the protection that they deserve. Each public prosecutor must feel safe as they carry out their duties and the police must be ensure that upright and outstanding protection is provided to them. Maybe then, we will see prosecutions without fear or favor.

Relating to the current case, the Police are not only responsible to bring the criminals to justice, but they need to ensure that action is taken swiftly and justice is dispensed without favor. The Police needs to send a crystal clear message that any threat or danger towards Public Prosecutors will not be tolerated. I believe that every Malaysian should call on the Police to ensure that sufficient protection is provided to our public prosecutors.

The other aspect (and possibly the more disturbing) is the real danger and hazard that our public prosecutors face and our total apathy towards it. Kevin Morais died in the execution of his duties. There were no uproar, no sadness, no anger - just emotionless facts of the case. What have we become? Are politics the only thing that matter in our society? We screamed and shouted about 1MDB, MARA scandals and so on. A Public Prosecutor is murdered and all we hear is deafening silence.

We need to do more than that. We need to be more than that. We need to pressure the government to provide safety and security for the civil servants. Every NGO in this country should rise and voice their concern towards the protection for the prosecutors as well as the rising crime rate. Pressure must rise from the grassroots till the government implements policies to rid the country of crime.

Let Kevin Morais' sacrifice be the catalyst to eradicate crime. Let his sacrifice be the beginning of the end of crime in Malaysia. Tougher Laws, Swift Punishment, Justice Done and seen to be Done.

Mohd Prasad bin Hanif
Yang Di Pertua PAS Kawasan Klang

Dihantar oleh: Mohd Prasad bin Hanif, Ketua Penerangan

Langganilah https://telegram.me/PASSelangorBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Menerima dan Memakai Anugerah Yang Dipanggil Grand Cross

Muzakarah Sosial/Syariah

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 yang bersidang pada 18 Mar 1993 telah membincangkan Menerima dan Memakai Anugerah Yang Dipanggil Grand Cross. Muzakarah telah memutuskan bahawa menerima dan memakai anugerah yang dipanggil Grand Cross adalah haram kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan yang boleh membawa dharurat kepada negara dan rakyat.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/menerima-dan-memakai-anugerah-yang-dipanggil-grand-cross

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Munajat perdana himpunan Fastaqim

.
~Hijau

Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya

Keputusan :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar.

Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.
 Sehubungan itu, berdasarkan masyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambilkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang  melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan.

Untuk penghujahan lanjut sila layari :

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-minyak-ikan-yang-diproses-tanpa-dibuang-perut-atau-najisnya

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau